Apa itu Hub dan Switch

Switch ialah sebuah peranti keras yang membolehkan berlakunya pengedaran packetdata antara komputer dalam rangkaian dan mampu untuk mengenali topologi rangkaian di banyak layer sehingga packet data boleh langsung sampai ke destinasi.

Hub ialah peranti rangkaian yang sederhana. Hub tidak menetapkan alur jalannya data dirangkaian, jadi setiap packet data yang melalui Hub akan dihantar (broadcast) ke semuaport yang ada hingga packet data tersebut sampai ke destinasi. Hal tersebut boleh membuat hub menjadi collisions dan melambatkan rangkaian. (Hub juga sering dikenalidengan nama repeater)

Switch dan Hub sebenarnya mempunyai fungsi yang sama, kerana dengan menggunakan salah satu diantaranya kita tetap boleh membuat Rangkaian Komputer, tapi penggunaanSwitch akan lebih cepat daripada Hub apalagi bila rangkaian yang kita punya sangat besar.

Perbezaan Hub dan Switch

Perbezaan Hub dan Switch terletak dari bagaimana packet data / maklumat yang dihantar kepada mereka diproses. Ketika data masuk atau datang ke Hub, Hub akan mengambildata tersebut dan akan mentransmisikannya ke setiap komputer yang disambungkan ke Rangkaian.

Tetapi lain halnya dengan Switch, ia akan menerima data tersebut dan hanya akanmenghantarnya ke komputer yang berkepentingan menerima data tersebut.

Penggunaan Switch akan memotong penggunaan bandwith rangkaian anda secarasignifikan, terutama bila kita mempunyai rangkaian dengan banyak komputer dan semuanya sibuk untuk menghantar dan menerima data disaat bersamaan. Keunggulanswitch yang lain ialah data akan lebih selamat dari aksi kecurian data dengan cara sniffer.

Gambar Hub

Gambar Switch

APA ITU ROUTER?

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

Pengenalan
Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi (Lihat rajah 1).


Rajah 1: Rangkaian yang menggunakan perantara Router

Fungsi Router
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan router:

a- Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.

b- Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.

c- Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

Jenis-jenis Router

Asas PC
Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

Oleh kerana ia ringkas, maka kebolehannya juga terbatas. Lihat gambarah (Rajah 2) di bawah ini di mana sebuah PC dijadikan sebagai get laluan (gateway) untuk membenarkan setiap PC di dalam LAN tersebut berkongsi satu talian Internet.

Rajah 2: Router asas-PC yang bertindak sebagai get laluan (gateway)

Blackbox
Router blackbox ialah sebuah peranti yang berupa sebuah kotak khas. Router jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding router PC-based. Router ini biasanya berkemampuan untuk melaksanakan undang-undang (rules) keselamatan bagi melindungi rangkaian dari serangan luar. Router jenis ini juga mampu untuk menampung beban trafik yang berat kerana ia merupakan sebuah peranti yang bertindak bersendirian. Oleh kerana ia bertindak sendirian, maka ia menggunakan mikropemproses RISC dan lebih laju berbanding PCbiasa. Rajah 3 di bawah menunjukkan sebuah contoh router jenis blackbox.

Rajah 3: Linksys DSL Router Model BEFSR41

Ciri-ciri Router
Router jenis blackbox sebenarnya ialah sebuah mesin komputer. Ia memiliki ciri-ciri sepertimana yang digunakan oleh PC: ia mempunyai CPU, memori, dan juga input-output. Cuma bezanya ialah router jenis ini tidak memiliki cakera keras, tiada pemacu cakera liut, dan juga pemacu CD-ROM. Namun begitu router ini mempunyai pelbagai jenis storan lain seperti kad memori Flash.

Memori
Terdapat beberapa jenis memori yang digunakan oleh router blackbox, antaranya ialah: RAMNVRAM, Flash dan ROM (PROMEEPROM)

ROM digunakan untuk menyimpan perisian bootstrap manakala NVRAM pula menyimpan konfigurasi startup yang digunakan oleh sistem operasi router. Memori Flash pula menyimpan sistem operasi seperti IOS dan lain-lain jenis sistem operasi.

Perisian
Sama seperti PC, router blackbox akan melaksanakan program-program kawalan atau sistem operasi (OS). Setiap pengeluar router akan membekalkan sistem operasi mereka sendiri.

Konfigurasi startup yang tersimpan di dalam NVRAM akan dilaksanakan sebaik sahaja router dihidupkan. Semasa proses but, satu salinan konfigurasi akan dimuatkan ke dalam RAM. Apabila berlakunya sebarang perubahan data pada konfigurasi ini, RAM akan memberi kesan dengan serta merta.

Router beroperasi dengan melaksanakan sejumlah besar proses yang terdiri daripada pelbagai jenis servis dan protokol. Router menyokong arahan untuk memaparkan maklumat tentang proses yang sedang berjalan dan sumber resources seperti penggunaan CPU dan memori. Servis dan kemudahan yang tidak diperlukan boleh dimatikan untuk mengelakkan penggunaan CPU dan memori yang berlebihan.

Setiap router mempunyai nama yang unik bagi memudahkan ia dikenalpasti di dalam rangkaian. Oleh yang demikian, router juga akan mempunyai alamat IPnya tersendiri.

Bagaimana Router berfungsi?

Jadual Haluan
Tidak kira jenis router yang anda gunakan, setiap hos yang bertindak sebagai router akan menyimpan senarai undang-undang haluan di dalam sebuah jadual yang dipanggil Jadual Haluan (Routing Table).

Apabila anda menghantar emel kepada rakan anda yang berada di luar negara, router akan memeriksa alamat penerima terlebih dahulu dan menghantar mesej emel tersebut berdasarkan alamat yang tertulis pada kepala (header) paket emel tersebut.

Semasa emel dihantar, Jadual Haluan akan menyimpan maklumat-maklumat seperti:

    • Alamat IP destinasi

 

    • Antaramuka yang akan digunakan

Router yang bersaiz kecil biasanya memiliki Jadual haluan yang kecil dan kemampuan untuk menyimpan mesej juga terhad. Bagi router bersaiz besar pula, Jadualnya adalah besar dan boleh menyimpan sejumlah besar mesej. Perlu diingat apabila bilangan rangkaian yang dihubungkan semakin banyak, saiz jadual haluan trafik dan kuasa memproses pada router juga akan turut meningkat.

RJ 45

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antaraHUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Setiap kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) iaitu Putih Biru dan Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat

Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada kabel CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX – Transeive dan Receive) dan yang lainnya hanya membekalkan voltan.

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

TOOLS

1.Cable Stripper

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inci

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan agar kabel yang yang tidak terjejas.

2.CRIMPING TOOL

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B

Kabel yang telah di ‘Crimp’

Untuk menunjukkan cara pemasangan kabel rangkaian komputer dan peralatan-peralatan yang digunakan, saya telah melayari internet untuk mendapatkan beberapa laman yang berguna. Antara laman yang saya rasakan sangat berguna dan menarik ialahhttp://www.cables4sure.com/default~partner~youtube.htm dan http://www.cables.com/.

 

Saya juga menjumpai beberapa video klip daripada lamanhttp://www.youtube.com. Daripada beberapa video klip ini ditunjukkan cara yang betul dan tepat tentang penyambungan dan peralatan yang digunakan untuk melakukan penyambungan sistem rangkaian komputer.

APA ITU SERVERS

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

Servers adalah merupakan komputer yang berkuasa tinggi. Amat berbeza dengan tanggapan orang ramai bahawa Internet terdiri daripada sistem komputer yang merangkumisebuah bilik. Servers lebih kuran sama besar dengan komputer peribadi anda. Perbezaan utama ialah isi kandungannya. Ianya mengandungi prosesor yang lebih pantas, lebih banyak memori dan amat refleksibel dengan pelbagai rangkaian.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kandungan Rangkaian Web Sedunia (WWW) disiar sebagai hypertesk. Perkhidmatan seperti laman web, laman FTP, e-mail dan newsgroup adalah fungsi individu server (atau hos). Sesetengah server mungkin akan menawarkan perkhidmatan yang lebih daripada server yang lain. Server ini menggunakan hyperteks untuk menampung beberapa protokol Internet dalam satu rangkaian yang sama.

Contohnya apabila satu permintaan untuk laman web diminta. Kesemua server ini akan bekerjasam untuk mencari lokasi laman web itu. Kalau salah satu daripada komputer itu tidak berfungsi semasa mencari server itu, komputer yang lain akan mencari jalan untuk meneruskan pencarian itu. Setelah lokasi tersebut dikenal pasati dan dapat dihubungkan, laman web itu akan disiarkan dalam monitor anda. Kalau lokasi itu tidak dapat ditemui maka satu ‘error’ mesej akan tersiar.

KOMPONEN-KOMPONEN INTERNET

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

a) Rangkaian Web Sedunia

Rangkaian Web Sedunia (dikenali sebagai Web, WWW atau pn W3) adalah satu sistem server Internet yang menyokong hyperteks yang berkebolehan berhubung dengan pelbagai protokol Internet dengan menggunakan satu saluran. Ianya berasaskan dokumen-dokumen multimedia yang dikenali sebagai laman web. Protokol-protokol initermasuk untuk e-mail, FTP, Telnet dan Usenet News. Rangkaian Web Sedunia juga mempunyai protokolnya sendiri yang dikenali sebagai Hypertext Transfer Protokol (HTTP). WWW mengumpul semua protokol-protokol yang berlainan ini dan menjadikannya satu sistem tunggal agar ianya digunakan.

Protokol

Apa dia protokol? Protokol adalah satu set peraturan yang perlu dituruti oleh seseorang penulis perisian komputer bagi pelbagai cara yang komputer menggunakan untuk berkomunikasai. Sebahagian daripada protokol-protokol yang sering digunakan ialah :-

1. Transmission Control Protocol (TCP)

Ini digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian.

2. Internet Protocol (IP)

Ini digunakan bersama TCP bagi menghasilkan satu cara untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian dan kemudiannya dengan . internet. Ianya satu cara untuk komputer mengenali antara satu sama lain dalam Internet.

3. Internet Protocol Address (IP Address)

Contoh alamat Ip adalah seperti ini 161.142.2.227.17. Ianya satu dari empat nombor, setiap nombor diasingkan dengan satu tanda noktah. kumpulan nombor  ini tidak rawak. Alamat IP ini selalunya diberikan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan laluan Internet (ISP). Ianya alamat komputer dalam Tranmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP).

4. Post Office Protocol (POP)

Komputer menggunakan cara ini untuk menerima mel daripada lain-lain komputer. Ini digunakan untuk menghantar mel, ia hanya digunakan untuk menerima mel dari server sahaja.

5. File Transfer Protocol (FTP)

Ini adalah cara yang digunakan oleh komputer untuk menghantar fail antara satu sama lain. Apabila ada orang bercakap tantang laman FTP, mereka bercakap tentang di mana anda boleh beban kebawah (menyalin fail daripada server) atau mungkin juga beban naik (menyalin fail anda kepada server itu) fail.

6. Hypertext Transfer Protocol (HTTP)

Satu browser Web akan menggunakan cara ini untuk memindahkan laman Web. Ianya cara untuk menformatkan teks untuk browser agar ianya tahu bahagian mana untuk browser dan bahagian mana untuk dilihat.

7. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)

Ini digunakan untuk menghantar mel elektronik dan mesej (e-mail) ke satu atau lebih peti surat elektronik.

8. Telnet Protocol (Telnet)

Memudahkan ‘logging-on’ ke komputer hos bagi menyalaraskan sesuatu arahan.

9. File Transfer Protocol (FTP)

Memindahkan teks atau fail-fail binari daripada komputer-komputer hos.

10. Network News Transfer Protocol (NNTP)

Mengedarkan artikel-artikel berita Usenet ke pelbagai kumpulan berita.

WWW telah dicipta oleh Tim Berner-Lee dan lain-lain orang di Conseil (stet) pour la Recherche Nucleaire atau pun European Perticle Physics Lab (CERN) di Switzerland. Tujuan asal WWW adalah untuk menggunakan rangkaian-rangkaian hyperteks untuk memudahkan komunikasi antara ahli-ahlinya.

Pada mulanya penggunaan WWW adalah terhad kepada kegunaan bukan komersial sebab ianya dibiayai hampir keseluruhannya oleh kerajaan Amerika Syarikat menjelang penhujung tahun 1992, syarikat Delphi telah menawarkan perkhidmatan komersial Internet. Ini telah menyebabkan lebih banyak laman-laman web komersial muncul.

Rangkaian Web Sedunia ada tiga bahagian utama. Ianya  adalah seperti berikut :-

1) Internet – Seperti yang telah ditenangkan sebelum ini.

2) Hyperteks – Satu dokumen yang menyediakan link nyata ke lain-lain dokumen.

3) Multimedia – Satu kombinasi persembahan teknologi yang menggunakan grafik, bunyi, animasi dan video.

Operasi WWW bergantung secara asasnya kepada hyperteks sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Hyperteks adalah dokumen (atau laman) penghubung yang menghubungkan ke lain-lain dokumen dan sumber melalui Internet. Satu penghubung mungkin adalah satu perkataan, banyak perkataan atau garfik yang mungkin merupakan penghubung kepada lain-lain dokumen, grafik, video atau logik. Tidak perlu bagi sesuatu penghubung untuk mengikut satu laluan logik yang tertentu sebab setiap penghubung dihasilkan oleh pencipta dokumen sumber asalnya. Untuk menghasilkan dokumen-dokumen ini di WWW satu bahasa perisian yang dikenali sebagai Hyperteks Markup Language (HTML) digunakan. Ini adalah asas bagi segala bahasa perisisan dalam iInternet.

Lain-lain bahasa perisian yang digunakan untuk menghasilkan dokumen-dokumen dalam WWW ialah :-

1. Dynamic Hypertext Markup Language (DHTML)

Bahasa perisian ini adalah antara HTML dan Java. Ianya dihasilkan dengan kerjasama Sun Microsystems dan Netscape.

2. Java

Ini adalah bahasa perisian berorientasikan-objek yang dihasilkan oleh Sun Microsystems. Ianya satu bahasa perisian yang hebat kerana ia membolehkan para penulis perisian untuk menghasilkan berbagai rekaan melalui laman web. Tujuan java ialah untuk menghasilkan perisian yang bebas berfungsi secara bebas dan tidak bergantung kapada patform tertentu. Sebaik sahaja satu perisian telah dihasilkan dan dikompilasikan ianya mesti berfungsi dalm komputer peribadi, Macintosh, atau pun INX tanpa sebarang pengubahsuaian pada perisian.

3. Javascript/JScript

satu bahasa perisian yang dihasilkan oleh Nestcape Communications. Perisian ini tertulis ke dalam bersama laman HTML untuk meningkatkan lagi fungsi laman.

4. Virtual Reality Markup/Modeling Language (VRML)

ini adalah bahasa perisian terbaru yang digunakan untuk menghasilkan dunia Reality Maya (Virtual Reality) dalam WWW. Ianya boleh menampung animasi grafik dalam ruang maya laman WWW dan besar kemungkinan akan mendominasi di masa hadapan.

5. Common Gateway Interface (CGI)

Ini sebenarnya bukan perisian yang sebenarnya. Ianya lebih daripada satu kategori bahasa perisian. Beberaapa bahas perisian termasuk dalam kategori ini contohnya C, Visual Basic, Perl dan lain-lain lagi. Ianya digunakan untuk menipulasi fail-fail teks kepada arahan-arahan UNIX  (sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan sever Internet).

b) Mel Elektronik (e-mail)

Mel elektronik atau e-mail membolehkan pengguna saling tukar-menukar mesej elektronik dengan serta-merta. Setiap pengguna e-mail ada alamat peti surat di mana mesej-mesej akan dihantar. Mesej-mesej ini akan sampai ke penerima dalam masa beberapa saat sahaja selepas ianya dihantar.

Melalui e-mail pengguna ada pilihan untuk menyertakan fail bukan ASCII (dikenali sebagai fail binari) bersamanya. Fail-fail ysng disertakan bersama ini dikenali sebagai Multimedia Internet Mail Extension (MIME). Sebagai contoh, fail yang mengandungi Microsoft Powepoint boleh sertakan bersama mesej e-mail dan ianya boleh diterima oleh penerima.

Penghantaran e-mail tidak bergantung kepada sebarang sistem tertentu. Kalau e-mail dihasilkan oleh komputer yang menggunakan platform Windows, ianya boleh diterima oleh penerima yang mungkin menggunakan komputer yang menggunakan platform UNIX.

c) Telnet

Telnet adalah program yang membolehkan anda meninggalkan komputer hos anda dan berhubung secara terus dengan satu sistem yang terletak jauh. Untuk ‘log on’ ke komputer dengan mengggunakan Telnet, anda mesti mengetahui alamatnya. Ini mungkin terdiri daripada perkataan (contohnya 198.312.146.5).

Program Telnet mesti dipasang dalam komputer anda dan di tatacarakan bersama dengan browser web anda untuk membolehkannya berfungsi.

d) Berita Usenat (Usenet News)

Usenet news adalah satu sistem buletin elektronik global di mana berjuta-juta pengguna bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai topik. Mesej-mesej Usenet di simpan dalam komputer-komputer ini untuk membaca mesej-mesej ini.

Usenet terdiri daripada satu set mesin yang digunakan untuk menukar maklumat atau artikel daripada forum perbincangan Usenet yang dikenali sebagai ‘Newsgroups’. Mesej-mesej Usenet boleh dibaca dengan menggunakan pelbagai program ‘newsreader’.

Di dalam Usenet News anda akan mendapati yang berikut :-

i- Frequently Asked Question (FAQ)

FAQ akan menjawab soalan-soalan yang sering di tanya oleh pengguna dalam sesuatu laman di WWW, apa kandungan laman itu, bagaimana hendak mencari maklumat di dalamnya dan siapa yang menghasilkannya. Biasanya FAQ adalah dalam bentuk teks dokumen yang boleh dibeban ke bawah {download).

ii- Request For Comment (RFC)

ini adalah dokumen-dokumen berkenaan soal teknikal dan maklumat am dalam internet.

iii- For Your Information (FYI)

ini adalah sebset kepada RFC dan mengandungi maklumat bagi pengguna Internet yang baru.

e) Perbualan Melalui Internet (Internet Relay Chat IRC)

Membolehkan para pengguna Internet berkomunikasi antara satu sama lain dengan serta -merta. IRC membolehkan anda dail ke dalam sesuatu ‘rangkaian’ (atau kadang-kadang dikenali sebagai bilik) dan menyertai sesuatu perbincangan dengan orang lain dalam saluran yang sama dengan menaip dan memberi maklum balas kepada mesej-mesej.

Ada banyak pengertian tentang Topologi Jaringan LAN ini, tapi saya disini mendifinisikan bahawa Topologi Jaringan adalah susunan lintasan aliran data didalam jaringan yang secara fisik mengswitchungkan simpul yang satu dengan simpul lainnya.  Berikut  ini adalah beberapa topologi jaringan yang ada dan dipakai hingga saat ini, yaitu:

Topologi Star

Beberapa simpul/node yang diswitchungkan dengan simpul pusat/host, yang membentuk jaringan fisik seperti bintang, semua komunikasi ditangani langsung dan dikelola oleh host yang berupa mainframe komputer seperti Switch hub.
Topologi star digunakan dalam jaringan yang padat, ketika endpoint dapat dicapai langsung dari lokasi pusat, kebutuhan untuk perluasan jaringan, dan membutuhkan kehandalan yang tinggi. Topologi ini merupakan susunan yang menggunakan lebih banyak kabel daripada bus dan karena semua komputer dan perangkat terhubung ke central point. Jadi bila ada salah satu komputer atau perangkat yang mengalami kerusakan maka tidak akan mempengaruhi yang jaringan yang lainnya.
berikut ini gambar topologi star sebagai gambaran.

Topologi Hierarkis

Berbentuk seperti pohon bercabang yang terdiri dari komputer induk (host) yang diswitchungkan dengan simpul atau node lain secara berjenjang, jenjang yang lebih tinggi berfungsi sebagai pengetur kerja jenjang dibawahnya, biasanya topologi ini digunakan oleh perusahaan besar atau lembaga besar yang mempunyai beberapa cabang daerah, sehingga data dari pusat boleh didistribusikan ke cabang atau sebaliknya.

berikut ini gambar topologi Hierarkis sebagai gambaran.

Topologi Bus

Beberapa simpul/node diswitchungkan dengan jalur data (bus).  Node-node dapat melakukan tugas-tugas dan operasi yang berlainan namun semua mempunyai hierarki yang sama.
Topologi ini biasanya menggunakan kabel Coaxial, yang sekarang sudah sangat jarang digunakan atau di implementasikan.

berikut ini gambar topologi Bus sebagai gambaran.

Topologi Ring

Di dalam topologi Ring semua workstation dan server dihubungkan sehingga terbentuk suatu pola lingkaran atau cincin. Tiap workstation ataupun server akan menerima dan melewatkan informasi dari satu komputer ke komputer lain, bila alamat- alamat yang dimaksud sesuai maka informasi diterima dan bila tidak informasi akan dilewatkan. Kelemahan dari topologi ini adalah setiap node dalam jaringan akan selalu ikut serta mengelola informasi yang dilewatkan dalam jaringan, sehingga bila terdapat gangguan di suatu node maka seluruh jaringan akan terganggu. Keunggulan topologi Ring adalah tidak terjadinya collision atau pertembungan penghantaran data seperti pada topologi Bus, kerana hanya satu node dapat mengirimkan data pada suatu saat, dan yang lainnya menunggu hingga pengiriman data selesai.

berikut ini gambar topologi Bus sebagai gambaran.