Archive for December, 2011

Apa itu Hub dan Switch

Switch ialah sebuah peranti keras yang membolehkan berlakunya pengedaran packetdata antara komputer dalam rangkaian dan mampu untuk mengenali topologi rangkaian di banyak layer sehingga packet data boleh langsung sampai ke destinasi.

Hub ialah peranti rangkaian yang sederhana. Hub tidak menetapkan alur jalannya data dirangkaian, jadi setiap packet data yang melalui Hub akan dihantar (broadcast) ke semuaport yang ada hingga packet data tersebut sampai ke destinasi. Hal tersebut boleh membuat hub menjadi collisions dan melambatkan rangkaian. (Hub juga sering dikenalidengan nama repeater)

Switch dan Hub sebenarnya mempunyai fungsi yang sama, kerana dengan menggunakan salah satu diantaranya kita tetap boleh membuat Rangkaian Komputer, tapi penggunaanSwitch akan lebih cepat daripada Hub apalagi bila rangkaian yang kita punya sangat besar.

Perbezaan Hub dan Switch

Perbezaan Hub dan Switch terletak dari bagaimana packet data / maklumat yang dihantar kepada mereka diproses. Ketika data masuk atau datang ke Hub, Hub akan mengambildata tersebut dan akan mentransmisikannya ke setiap komputer yang disambungkan ke Rangkaian.

Tetapi lain halnya dengan Switch, ia akan menerima data tersebut dan hanya akanmenghantarnya ke komputer yang berkepentingan menerima data tersebut.

Penggunaan Switch akan memotong penggunaan bandwith rangkaian anda secarasignifikan, terutama bila kita mempunyai rangkaian dengan banyak komputer dan semuanya sibuk untuk menghantar dan menerima data disaat bersamaan. Keunggulanswitch yang lain ialah data akan lebih selamat dari aksi kecurian data dengan cara sniffer.

Gambar Hub

Gambar Switch

APA ITU ROUTER?

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

Pengenalan
Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi (Lihat rajah 1).


Rajah 1: Rangkaian yang menggunakan perantara Router

Fungsi Router
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan router:

a- Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.

b- Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.

c- Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

Jenis-jenis Router

Asas PC
Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

Oleh kerana ia ringkas, maka kebolehannya juga terbatas. Lihat gambarah (Rajah 2) di bawah ini di mana sebuah PC dijadikan sebagai get laluan (gateway) untuk membenarkan setiap PC di dalam LAN tersebut berkongsi satu talian Internet.

Rajah 2: Router asas-PC yang bertindak sebagai get laluan (gateway)

Blackbox
Router blackbox ialah sebuah peranti yang berupa sebuah kotak khas. Router jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding router PC-based. Router ini biasanya berkemampuan untuk melaksanakan undang-undang (rules) keselamatan bagi melindungi rangkaian dari serangan luar. Router jenis ini juga mampu untuk menampung beban trafik yang berat kerana ia merupakan sebuah peranti yang bertindak bersendirian. Oleh kerana ia bertindak sendirian, maka ia menggunakan mikropemproses RISC dan lebih laju berbanding PCbiasa. Rajah 3 di bawah menunjukkan sebuah contoh router jenis blackbox.

Rajah 3: Linksys DSL Router Model BEFSR41

Ciri-ciri Router
Router jenis blackbox sebenarnya ialah sebuah mesin komputer. Ia memiliki ciri-ciri sepertimana yang digunakan oleh PC: ia mempunyai CPU, memori, dan juga input-output. Cuma bezanya ialah router jenis ini tidak memiliki cakera keras, tiada pemacu cakera liut, dan juga pemacu CD-ROM. Namun begitu router ini mempunyai pelbagai jenis storan lain seperti kad memori Flash.

Memori
Terdapat beberapa jenis memori yang digunakan oleh router blackbox, antaranya ialah: RAMNVRAM, Flash dan ROM (PROMEEPROM)

ROM digunakan untuk menyimpan perisian bootstrap manakala NVRAM pula menyimpan konfigurasi startup yang digunakan oleh sistem operasi router. Memori Flash pula menyimpan sistem operasi seperti IOS dan lain-lain jenis sistem operasi.

Perisian
Sama seperti PC, router blackbox akan melaksanakan program-program kawalan atau sistem operasi (OS). Setiap pengeluar router akan membekalkan sistem operasi mereka sendiri.

Konfigurasi startup yang tersimpan di dalam NVRAM akan dilaksanakan sebaik sahaja router dihidupkan. Semasa proses but, satu salinan konfigurasi akan dimuatkan ke dalam RAM. Apabila berlakunya sebarang perubahan data pada konfigurasi ini, RAM akan memberi kesan dengan serta merta.

Router beroperasi dengan melaksanakan sejumlah besar proses yang terdiri daripada pelbagai jenis servis dan protokol. Router menyokong arahan untuk memaparkan maklumat tentang proses yang sedang berjalan dan sumber resources seperti penggunaan CPU dan memori. Servis dan kemudahan yang tidak diperlukan boleh dimatikan untuk mengelakkan penggunaan CPU dan memori yang berlebihan.

Setiap router mempunyai nama yang unik bagi memudahkan ia dikenalpasti di dalam rangkaian. Oleh yang demikian, router juga akan mempunyai alamat IPnya tersendiri.

Bagaimana Router berfungsi?

Jadual Haluan
Tidak kira jenis router yang anda gunakan, setiap hos yang bertindak sebagai router akan menyimpan senarai undang-undang haluan di dalam sebuah jadual yang dipanggil Jadual Haluan (Routing Table).

Apabila anda menghantar emel kepada rakan anda yang berada di luar negara, router akan memeriksa alamat penerima terlebih dahulu dan menghantar mesej emel tersebut berdasarkan alamat yang tertulis pada kepala (header) paket emel tersebut.

Semasa emel dihantar, Jadual Haluan akan menyimpan maklumat-maklumat seperti:

    • Alamat IP destinasi

 

    • Antaramuka yang akan digunakan

Router yang bersaiz kecil biasanya memiliki Jadual haluan yang kecil dan kemampuan untuk menyimpan mesej juga terhad. Bagi router bersaiz besar pula, Jadualnya adalah besar dan boleh menyimpan sejumlah besar mesej. Perlu diingat apabila bilangan rangkaian yang dihubungkan semakin banyak, saiz jadual haluan trafik dan kuasa memproses pada router juga akan turut meningkat.

RJ 45

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antaraHUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Setiap kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) iaitu Putih Biru dan Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat

Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada kabel CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX – Transeive dan Receive) dan yang lainnya hanya membekalkan voltan.

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

TOOLS

1.Cable Stripper

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inci

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan agar kabel yang yang tidak terjejas.

2.CRIMPING TOOL

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B

Kabel yang telah di ‘Crimp’

Untuk menunjukkan cara pemasangan kabel rangkaian komputer dan peralatan-peralatan yang digunakan, saya telah melayari internet untuk mendapatkan beberapa laman yang berguna. Antara laman yang saya rasakan sangat berguna dan menarik ialahhttp://www.cables4sure.com/default~partner~youtube.htm dan http://www.cables.com/.

 

Saya juga menjumpai beberapa video klip daripada lamanhttp://www.youtube.com. Daripada beberapa video klip ini ditunjukkan cara yang betul dan tepat tentang penyambungan dan peralatan yang digunakan untuk melakukan penyambungan sistem rangkaian komputer.

APA ITU SERVERS

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

Servers adalah merupakan komputer yang berkuasa tinggi. Amat berbeza dengan tanggapan orang ramai bahawa Internet terdiri daripada sistem komputer yang merangkumisebuah bilik. Servers lebih kuran sama besar dengan komputer peribadi anda. Perbezaan utama ialah isi kandungannya. Ianya mengandungi prosesor yang lebih pantas, lebih banyak memori dan amat refleksibel dengan pelbagai rangkaian.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, kandungan Rangkaian Web Sedunia (WWW) disiar sebagai hypertesk. Perkhidmatan seperti laman web, laman FTP, e-mail dan newsgroup adalah fungsi individu server (atau hos). Sesetengah server mungkin akan menawarkan perkhidmatan yang lebih daripada server yang lain. Server ini menggunakan hyperteks untuk menampung beberapa protokol Internet dalam satu rangkaian yang sama.

Contohnya apabila satu permintaan untuk laman web diminta. Kesemua server ini akan bekerjasam untuk mencari lokasi laman web itu. Kalau salah satu daripada komputer itu tidak berfungsi semasa mencari server itu, komputer yang lain akan mencari jalan untuk meneruskan pencarian itu. Setelah lokasi tersebut dikenal pasati dan dapat dihubungkan, laman web itu akan disiarkan dalam monitor anda. Kalau lokasi itu tidak dapat ditemui maka satu ‘error’ mesej akan tersiar.

KOMPONEN-KOMPONEN INTERNET

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

a) Rangkaian Web Sedunia

Rangkaian Web Sedunia (dikenali sebagai Web, WWW atau pn W3) adalah satu sistem server Internet yang menyokong hyperteks yang berkebolehan berhubung dengan pelbagai protokol Internet dengan menggunakan satu saluran. Ianya berasaskan dokumen-dokumen multimedia yang dikenali sebagai laman web. Protokol-protokol initermasuk untuk e-mail, FTP, Telnet dan Usenet News. Rangkaian Web Sedunia juga mempunyai protokolnya sendiri yang dikenali sebagai Hypertext Transfer Protokol (HTTP). WWW mengumpul semua protokol-protokol yang berlainan ini dan menjadikannya satu sistem tunggal agar ianya digunakan.

Protokol

Apa dia protokol? Protokol adalah satu set peraturan yang perlu dituruti oleh seseorang penulis perisian komputer bagi pelbagai cara yang komputer menggunakan untuk berkomunikasai. Sebahagian daripada protokol-protokol yang sering digunakan ialah :-

1. Transmission Control Protocol (TCP)

Ini digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian.

2. Internet Protocol (IP)

Ini digunakan bersama TCP bagi menghasilkan satu cara untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian dan kemudiannya dengan . internet. Ianya satu cara untuk komputer mengenali antara satu sama lain dalam Internet.

3. Internet Protocol Address (IP Address)

Contoh alamat Ip adalah seperti ini 161.142.2.227.17. Ianya satu dari empat nombor, setiap nombor diasingkan dengan satu tanda noktah. kumpulan nombor  ini tidak rawak. Alamat IP ini selalunya diberikan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan laluan Internet (ISP). Ianya alamat komputer dalam Tranmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP).

4. Post Office Protocol (POP)

Komputer menggunakan cara ini untuk menerima mel daripada lain-lain komputer. Ini digunakan untuk menghantar mel, ia hanya digunakan untuk menerima mel dari server sahaja.

5. File Transfer Protocol (FTP)

Ini adalah cara yang digunakan oleh komputer untuk menghantar fail antara satu sama lain. Apabila ada orang bercakap tantang laman FTP, mereka bercakap tentang di mana anda boleh beban kebawah (menyalin fail daripada server) atau mungkin juga beban naik (menyalin fail anda kepada server itu) fail.

6. Hypertext Transfer Protocol (HTTP)

Satu browser Web akan menggunakan cara ini untuk memindahkan laman Web. Ianya cara untuk menformatkan teks untuk browser agar ianya tahu bahagian mana untuk browser dan bahagian mana untuk dilihat.

7. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)

Ini digunakan untuk menghantar mel elektronik dan mesej (e-mail) ke satu atau lebih peti surat elektronik.

8. Telnet Protocol (Telnet)

Memudahkan ‘logging-on’ ke komputer hos bagi menyalaraskan sesuatu arahan.

9. File Transfer Protocol (FTP)

Memindahkan teks atau fail-fail binari daripada komputer-komputer hos.

10. Network News Transfer Protocol (NNTP)

Mengedarkan artikel-artikel berita Usenet ke pelbagai kumpulan berita.

WWW telah dicipta oleh Tim Berner-Lee dan lain-lain orang di Conseil (stet) pour la Recherche Nucleaire atau pun European Perticle Physics Lab (CERN) di Switzerland. Tujuan asal WWW adalah untuk menggunakan rangkaian-rangkaian hyperteks untuk memudahkan komunikasi antara ahli-ahlinya.

Pada mulanya penggunaan WWW adalah terhad kepada kegunaan bukan komersial sebab ianya dibiayai hampir keseluruhannya oleh kerajaan Amerika Syarikat menjelang penhujung tahun 1992, syarikat Delphi telah menawarkan perkhidmatan komersial Internet. Ini telah menyebabkan lebih banyak laman-laman web komersial muncul.

Rangkaian Web Sedunia ada tiga bahagian utama. Ianya  adalah seperti berikut :-

1) Internet – Seperti yang telah ditenangkan sebelum ini.

2) Hyperteks – Satu dokumen yang menyediakan link nyata ke lain-lain dokumen.

3) Multimedia – Satu kombinasi persembahan teknologi yang menggunakan grafik, bunyi, animasi dan video.

Operasi WWW bergantung secara asasnya kepada hyperteks sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Hyperteks adalah dokumen (atau laman) penghubung yang menghubungkan ke lain-lain dokumen dan sumber melalui Internet. Satu penghubung mungkin adalah satu perkataan, banyak perkataan atau garfik yang mungkin merupakan penghubung kepada lain-lain dokumen, grafik, video atau logik. Tidak perlu bagi sesuatu penghubung untuk mengikut satu laluan logik yang tertentu sebab setiap penghubung dihasilkan oleh pencipta dokumen sumber asalnya. Untuk menghasilkan dokumen-dokumen ini di WWW satu bahasa perisian yang dikenali sebagai Hyperteks Markup Language (HTML) digunakan. Ini adalah asas bagi segala bahasa perisisan dalam iInternet.

Lain-lain bahasa perisian yang digunakan untuk menghasilkan dokumen-dokumen dalam WWW ialah :-

1. Dynamic Hypertext Markup Language (DHTML)

Bahasa perisian ini adalah antara HTML dan Java. Ianya dihasilkan dengan kerjasama Sun Microsystems dan Netscape.

2. Java

Ini adalah bahasa perisian berorientasikan-objek yang dihasilkan oleh Sun Microsystems. Ianya satu bahasa perisian yang hebat kerana ia membolehkan para penulis perisian untuk menghasilkan berbagai rekaan melalui laman web. Tujuan java ialah untuk menghasilkan perisian yang bebas berfungsi secara bebas dan tidak bergantung kapada patform tertentu. Sebaik sahaja satu perisian telah dihasilkan dan dikompilasikan ianya mesti berfungsi dalm komputer peribadi, Macintosh, atau pun INX tanpa sebarang pengubahsuaian pada perisian.

3. Javascript/JScript

satu bahasa perisian yang dihasilkan oleh Nestcape Communications. Perisian ini tertulis ke dalam bersama laman HTML untuk meningkatkan lagi fungsi laman.

4. Virtual Reality Markup/Modeling Language (VRML)

ini adalah bahasa perisian terbaru yang digunakan untuk menghasilkan dunia Reality Maya (Virtual Reality) dalam WWW. Ianya boleh menampung animasi grafik dalam ruang maya laman WWW dan besar kemungkinan akan mendominasi di masa hadapan.

5. Common Gateway Interface (CGI)

Ini sebenarnya bukan perisian yang sebenarnya. Ianya lebih daripada satu kategori bahasa perisian. Beberaapa bahas perisian termasuk dalam kategori ini contohnya C, Visual Basic, Perl dan lain-lain lagi. Ianya digunakan untuk menipulasi fail-fail teks kepada arahan-arahan UNIX  (sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan sever Internet).

b) Mel Elektronik (e-mail)

Mel elektronik atau e-mail membolehkan pengguna saling tukar-menukar mesej elektronik dengan serta-merta. Setiap pengguna e-mail ada alamat peti surat di mana mesej-mesej akan dihantar. Mesej-mesej ini akan sampai ke penerima dalam masa beberapa saat sahaja selepas ianya dihantar.

Melalui e-mail pengguna ada pilihan untuk menyertakan fail bukan ASCII (dikenali sebagai fail binari) bersamanya. Fail-fail ysng disertakan bersama ini dikenali sebagai Multimedia Internet Mail Extension (MIME). Sebagai contoh, fail yang mengandungi Microsoft Powepoint boleh sertakan bersama mesej e-mail dan ianya boleh diterima oleh penerima.

Penghantaran e-mail tidak bergantung kepada sebarang sistem tertentu. Kalau e-mail dihasilkan oleh komputer yang menggunakan platform Windows, ianya boleh diterima oleh penerima yang mungkin menggunakan komputer yang menggunakan platform UNIX.

c) Telnet

Telnet adalah program yang membolehkan anda meninggalkan komputer hos anda dan berhubung secara terus dengan satu sistem yang terletak jauh. Untuk ‘log on’ ke komputer dengan mengggunakan Telnet, anda mesti mengetahui alamatnya. Ini mungkin terdiri daripada perkataan (contohnya 198.312.146.5).

Program Telnet mesti dipasang dalam komputer anda dan di tatacarakan bersama dengan browser web anda untuk membolehkannya berfungsi.

d) Berita Usenat (Usenet News)

Usenet news adalah satu sistem buletin elektronik global di mana berjuta-juta pengguna bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai topik. Mesej-mesej Usenet di simpan dalam komputer-komputer ini untuk membaca mesej-mesej ini.

Usenet terdiri daripada satu set mesin yang digunakan untuk menukar maklumat atau artikel daripada forum perbincangan Usenet yang dikenali sebagai ‘Newsgroups’. Mesej-mesej Usenet boleh dibaca dengan menggunakan pelbagai program ‘newsreader’.

Di dalam Usenet News anda akan mendapati yang berikut :-

i- Frequently Asked Question (FAQ)

FAQ akan menjawab soalan-soalan yang sering di tanya oleh pengguna dalam sesuatu laman di WWW, apa kandungan laman itu, bagaimana hendak mencari maklumat di dalamnya dan siapa yang menghasilkannya. Biasanya FAQ adalah dalam bentuk teks dokumen yang boleh dibeban ke bawah {download).

ii- Request For Comment (RFC)

ini adalah dokumen-dokumen berkenaan soal teknikal dan maklumat am dalam internet.

iii- For Your Information (FYI)

ini adalah sebset kepada RFC dan mengandungi maklumat bagi pengguna Internet yang baru.

e) Perbualan Melalui Internet (Internet Relay Chat IRC)

Membolehkan para pengguna Internet berkomunikasi antara satu sama lain dengan serta -merta. IRC membolehkan anda dail ke dalam sesuatu ‘rangkaian’ (atau kadang-kadang dikenali sebagai bilik) dan menyertai sesuatu perbincangan dengan orang lain dalam saluran yang sama dengan menaip dan memberi maklum balas kepada mesej-mesej.

Ada banyak pengertian tentang Topologi Jaringan LAN ini, tapi saya disini mendifinisikan bahawa Topologi Jaringan adalah susunan lintasan aliran data didalam jaringan yang secara fisik mengswitchungkan simpul yang satu dengan simpul lainnya.  Berikut  ini adalah beberapa topologi jaringan yang ada dan dipakai hingga saat ini, yaitu:

Topologi Star

Beberapa simpul/node yang diswitchungkan dengan simpul pusat/host, yang membentuk jaringan fisik seperti bintang, semua komunikasi ditangani langsung dan dikelola oleh host yang berupa mainframe komputer seperti Switch hub.
Topologi star digunakan dalam jaringan yang padat, ketika endpoint dapat dicapai langsung dari lokasi pusat, kebutuhan untuk perluasan jaringan, dan membutuhkan kehandalan yang tinggi. Topologi ini merupakan susunan yang menggunakan lebih banyak kabel daripada bus dan karena semua komputer dan perangkat terhubung ke central point. Jadi bila ada salah satu komputer atau perangkat yang mengalami kerusakan maka tidak akan mempengaruhi yang jaringan yang lainnya.
berikut ini gambar topologi star sebagai gambaran.

Topologi Hierarkis

Berbentuk seperti pohon bercabang yang terdiri dari komputer induk (host) yang diswitchungkan dengan simpul atau node lain secara berjenjang, jenjang yang lebih tinggi berfungsi sebagai pengetur kerja jenjang dibawahnya, biasanya topologi ini digunakan oleh perusahaan besar atau lembaga besar yang mempunyai beberapa cabang daerah, sehingga data dari pusat boleh didistribusikan ke cabang atau sebaliknya.

berikut ini gambar topologi Hierarkis sebagai gambaran.

Topologi Bus

Beberapa simpul/node diswitchungkan dengan jalur data (bus).  Node-node dapat melakukan tugas-tugas dan operasi yang berlainan namun semua mempunyai hierarki yang sama.
Topologi ini biasanya menggunakan kabel Coaxial, yang sekarang sudah sangat jarang digunakan atau di implementasikan.

berikut ini gambar topologi Bus sebagai gambaran.

Topologi Ring

Di dalam topologi Ring semua workstation dan server dihubungkan sehingga terbentuk suatu pola lingkaran atau cincin. Tiap workstation ataupun server akan menerima dan melewatkan informasi dari satu komputer ke komputer lain, bila alamat- alamat yang dimaksud sesuai maka informasi diterima dan bila tidak informasi akan dilewatkan. Kelemahan dari topologi ini adalah setiap node dalam jaringan akan selalu ikut serta mengelola informasi yang dilewatkan dalam jaringan, sehingga bila terdapat gangguan di suatu node maka seluruh jaringan akan terganggu. Keunggulan topologi Ring adalah tidak terjadinya collision atau pertembungan penghantaran data seperti pada topologi Bus, kerana hanya satu node dapat mengirimkan data pada suatu saat, dan yang lainnya menunggu hingga pengiriman data selesai.

berikut ini gambar topologi Bus sebagai gambaran.

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

Posted: December 1, 2011 in Uncategorized

1. PENGENALAN

Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat. Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat.
Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian (networking), intranet dan internet.

Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik iaitu:
1. berbentukkan komputer dan perisian
2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau
3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.

Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi. Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan. Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan luas di kalangan masyarakat.

Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi. Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanya-tanya mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan sumber yang  disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja. Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer tersebut sahaja.

Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket. Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai pengguna.

2. TAKRIF

Sistem Rangkaian (Networking) boleh ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.

3. MANFAAT RANGKAIAN

Wujudnya Sistem Rangkaian Komputer telah memberikan beberapa manfaat yang besar kepada penguna-penggunanya. Melalui rangkaian ini, pengguna boleh berkongsi menggunakan perisian serta fail. Perkongsian , penyalinan serta penghantaran perisian serta fail dapat dilaksnakan secara talian. Ini bermakna pengguna tidak perlu menghabiskan sumber kewangan yang besar untuk membelikan perisian untuk setiap unit komputer mereka. Pengguna hanya perlu membeli sebuah perisian versi rangkaian contohnya LAN Version sudah memadai untuk semua komputer yang terdapat di dalam rangkaian tersebut menggunakannya.

Pengguna juga boleh berkongsi data atau perisian pada masa yang serentak contohnya tiga orang pekerja di dalam suatu jabatan, bekerja dengan menggunakan hamparan helaian yang sama. Keupayaan ini khususnya berguna di dalam kes pangkalan data, yang perlu dicapai dan ditukar oleh beberapa orang di dalam satu organisasi.

Selain daripada itu ialah kemampuan para pengguna rangkaian berhubung serta berkomunikasi di antara satu sama lain. Pengguna juga boleh bertukar-tukar mesej atau pesanan melalui komputer melalui proses yang dikenali sebagai mel eletronik serta perisian “chat” di dalam persekitaran rangkaian turut membolehkan sesebuah pejabat serta tempat kerja berkomunikasi serta berhubung di antara satu sama lain. Malah, penghantaran memo serta dokumen di dalam sesebuah syarikat yang kelazimannya merupakan budaya serta kaedah kerja di dalam sesebuah pejabat atau syarikat sudah menjadi tidak relevan serta berguna lagi.

Sistem Rangkaian Komputer turut membenarkan beberapa komputer berkongsi perkakasan yang sama contohnya mesin pencetak, pengimbas, CD ROM dan kelengkapan faks yang mahal. Contohnya, sebuah pejabat yang mempunyai dua puluh buah komputer, tidak perlu mendapatkan dua puluh buah mesin pencetak untuk membolehkan mereka melakukan tugas cetakan mereka. Sebuah mesin pencetak yang disambungkan kepada mana-mana komputer peribadi di dalam rangkaian tersebut akan dapat dikongsi bersama oleh komputer-komputer peribadi di dalam sitem rangkaian tersebut.

Konsep rangkaian juga tidak terhad kepada satu-satu lokasi atau perniagaan sahaja. Internet sebagai contoh, satu daripada beberapa rangkaian yang ada, berupaya menghubungkan pengguna komputer dari merata pelusuk dunia. Pengguna boleh menjalankan atur cara komputer dari benua lain dan boleh mencipta “halaman rerumah” (homepage) supaya berjuta-juta orang yang tidak dikenali boleh membacanya.

Internet juga membolehkan pelajar-pelajar khasnya serta pengguna-pengguna amnya mencari pelbagai variasi maklumat yang mereka inginkan mengenai apa-apa sahaja dari mana-mana sudut dunia dengan hanya melayari dunia internet. Satu kelebihan lagi ialah segala maklumat yang mereka inginkan itu akan mereka dapati di dalam jangkamasa yang singkat sahaja.

4. JENIS-JENIS RANGKAIAN

Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network – LAN)
2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network – MAN)
3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN)

i.RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian jenis LAN ini biasanya terhad kepada batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus. Fungsi asas LAN sebagai satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti di dalam kampus universiti, di dalam sesebuah bangunan dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer. Namun begitu, jarang sekali rangkaian LAN meliputi kawasan yang  lebih daripada satu batu jaraknya.Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Setiap topologi perlu melaksanakan kerja yang sama. Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian ialah mesej dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan supaya menjalankan atur cara yang tersimpan di dalam rangkaian. Data atau atur cara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer yang digunakan oleh seseorang rakan sekerja dalam rangkaian atau pada pelayan fail (server), suatu komputer khusus. Pelayan fail biasanya adalah merupakan komputer berkuasa tinggi dan mempunyai pemacu cakera keras yang tidak digunakan secara eksklusif oleh individu pada rangkaian itu serta cakera padat (CD drive). Pelayan fail juga seharusnya mempunyai storan semua perisian yang mengawal pengurusan sesuatu sistem rangkaian itu.

Selain daripada itu, pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer lain yang berada di dalam sistem rangkaian tersebut. Komputer-komputer yang disambung kepada pelayan fail dikenali sebagai stesen kerja (workstations). Stesen kerja tidak semestinya berkuasa tinggi seperti pelayan komputer namun begitu, komputer-komputer tersebut boleh mempunyai perisian tambahan pada cakera keras masing-masing. Manakala, setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail dikenali sebagai pelanggan (client). Pencetak boleh juga disambung kepada rangkaian supaya ia boleh dicapai oleh semua pelanggan LAN.

Untuk menggunakannya, rangkaian mestilah menerima permintaan daripada komputer individu atau nod yang dihubungkan pada rangkaian dan ia mestilah mempunyai cara untuk mengendalikan permintaan serentak bagi perkhidmatannya. Sebaik sahaja komputer mendapat perkhidmatan rangkaian, ia haruslah mempunyai cara untuk menghantar mesej dari satu komputer kepada komputer yang lain supaya ia hanya menuju kepada nod yang diperlukan dan tidak muncul di komputer yang lain.

Rangkaian pula mestilah melakukan semua ini secepat mungkin sambil memberi perkhidmatannya secara serata mungkin mengikut giliran di antara nod lain di dalam LAN.
Terdapat tiga jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelanyan-pelanggan. Rangkaian-rangkaian tersebut ialah:
1. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus)
2. Topologi Bintang (Star) atau Labah-labah (Spider)
3. Topologi Gelang Token (Token Ring)

ii.RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN)  lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

Perpustakaan-perpustakaan awam dan agensi-agensi kerajaan biasanya gemar menggunakan MAN untuk berhubung dengan warga setempat dan pihak pengurusan sektor swasta. Satu contoh penggunaan MAN ialah di Pasco County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat. Rangkaian MAN di sini dikenali sebagai ‘the MIND Network’ yang mana rangkaian tersebut berfungsi menghubungkan semua pusat media Pasco  kepada komputer kerangka utama berpusat (centralized mainframe) yang terletak di pejabat daerah dengan menggunakan talian telefon, kabel koaksial, alat perhubungan tanpa tali (wireless communications providers).

Di dalam bidang perniagaan contohnya, satu komputer peribadi menghantar data kepada satu minikomputer atau kerangka utama. Oleh kerana, komputer-komputer yang lebih besar atau berkuasa tinggi sememangnya direka sebagai pelayan (server), ia berfungsi membenarkan mana-mana laluan masuk sesebuah terminal, sesebuah komputer peribadi itu boleh berkomunikasi dengan sebuah minikomputer atau kerangka utama.

Ini akan hanya berlaku jika komputer peribadi tersebut boleh bersaing atau menyerupai sebuah terminal. Oleh yang demikian, rangkaian ini akan berjaya apabila komputer peribadi itu dilengkapkan dengan terminal emulation software. Komputer yang lebih besar itu kemudiannya mengtanggapi komputer peribadi atau stesen kerja itu sebagai satu pengguna lain di dalam rangkaian perantaraan komunikasi input-output.

Apabila komputer yang lebih kecil disambungkan ke komputer ke komputer yang lebih besar, perhubungannya dirujuk sebagai perhubungan mikro-ke-kerangka utama. Komputer besar di mana terminal atau komputer peribadi disambungkan dikenali sebagai komputer hos. Jika sebuah komputer peribadi itu digunakan sebagai terminal, perisian memindahkan fail (file transfer software) membenarkan pengguna untuk memindahkan fail (download) dari hos ataupun menghantar data ke hos (upload). Download file bererti membuka dan mengambil data dari sebuah komputer peribadi yang lain dan menghantar data ke komputer yang berkenaan yang diminta oleh pengguna. Upload file pula bererti pengguna membuka fail data dan menghantarkannya ke sebuah komputer yang lain.

iii.RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN)

Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.

Rangkaian Kawasan Luas yang tipikal memgabungkan dua atau lebih Rangkaian Kawasan Setempat dan biasanya melibatkan suatu kawsan geografi yang luas. Contohnya, satu syarikat yang mempunyai ibu pejabat di suatu tempat, kilang di suatu tempat yang lain dan gabungan pemasaran di suatu kawasan yang agak jauh dari kedua-dua kawasan tersebut.

DEFINISI SERVER

Server merupakan program komputer yang menyediakan perhidmatan kepada komputer lain dan penggunanya, di dalam komputer yang sama ataupun pada komputer yang lain.

Unit komputer yang menjalankan program server selalunya dikenali dan dirujuk sebagai server.

servis boleh diagihkan secara berpusat dengan menggunakan server,dimana dalam kes-kes tertentu ,semua mesin(komputer) di dalam rangkaian menpunyai status yg sama tanpa kewujudan sesuatu server.dalam konteks ini,servis diagihkan secara peer-to-peer/p2p(komputer ke komputer).

SERVER DALAM KONTEKS PERISIAN(SOFTWARE)

Server digunakan sebagai adjektif,seperti mana di dalam server operating system.merujuk kepada kemampuan produk untuk melakukan pelbagai permintaan,digelar sebagai “Server-Grade”. Server operating system adalah pilihan dan yang terbaik untuk menjalankan semua aplikasi server. Perbezaan antara server dan workstation sesuatu produk boleh dilihat dari isu halangan perisian dengan isu perlesenan.contohnya winsdows 2000 dan Mac OS X Server.

SERVER DALAM KONTEKS PERANTI(HARDWARE)

Server boleh dirujuk kepada komputer yang telah dicipta untuk menjalankan aplikasi server yang tertentu. Sebagai contoh,sekiranya perisian apache HTTP server digunakan sebagai server web untuk syarikat laman web, komputer yang diinstal dengan software apache itu juga dikenali sebagai server web. Aplikasi server boleh membahagikan tugasan antara server-server komputer pada tahap penggunaan melampau,juga bergantung kepada bebanan kerja.

server juga digelar untuk komputer yang  dicipta khusus untuk menjalankan aplikasi server dalam bebanankerja yang berat,juga dikenali sebagai unit yang beroperasi tanpa gangguan dan dalam sesuatu jangka masa. ketika sesetengah workstation mampu untuk bertindak sebagai server sebenarnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan terhadap ciri-cirinya yang menjadikannya lebih sesuai.

Faktornya dapat dikenalpasti dari:

  • CPU dengan kelajuan tinggi
  • RAM yang tinggi dan lebih banyak
  • pemacu cakera liut(Hard Disk)yang punyai ruangan sinpanan yang besar

ini juga termasuk kemampuan bekalan kuasa yang tinggi,sambungan rangkaian,ruangan storan tambahan yang besar juga ciri yang terkini sehingga ia digelar blade server sepertimana sering digunapakai di firma-firma server.

aplikasi server merujuk kepada aplikasi peranti yang tersambung dengan rangkaian yang menyediakan servis yang terarah,menjurus kepada rangkaian.ini dapat dikenalpasti dengan pangabungan peranti dan perisian dalam satu sistem yangtidaklah dicipta secara berat contohnya google search appliance.aplikasi ini dijangka untuk bekerja di luar dari sistem dengan sedikit pengubahsuaian dan kadangkala memberi kredit kepada syarikat atau pencipta asal aplikasi tersebut.aplikasi yang ringkas ini termasuklah switch,router,gateway dan server pencetak(print-server).

PERANTI SERVER(SERVER HARDWARE)

Kehendak peranti(hardware requirement) untuk sesuatu server asdalah berlainan dan bergantung kepada aplikasi server.kelajuan CPU yang tinggi sebenarnya bukanlah kritikal kepada server tetapi lebih kepada sistem dekstop.tugas server dalam memberikan servis kepada ramai pengguna dalam sesuatu rangkaian akan menyebabkan perubahan terhadap kehendak server tersebut.ianya memerlukan sambungan rangkaian yang lebih laju dan kemampuan aliran input dan output yang tinggi.memandangkan server selalunya diakses melalui rangkaian,ianya selalunya tidak lengkap sepertimana komputer kerana tanpa monitor dan peranti input.proses yang tidak diperlukan oleh server lazimnya tidak digunakan.kebanyakkan server tidak menggunakan antara-muka grafik (GIU) kerana hasilnya tidak diperlukan. begitu juga dengan fungsi audio dan USB.

server selalunya berjalan dalam tempoh masa yang panjang tanpa gangguan dan kewujudan mestilah dalam kesediaan yang tinggi,kebolehan hardware yang maksimum dan ketahanan kepadasuasana ektrem adalah penting.sungguhpun server boleh dibina dari alatan komoditi,server yang dibina khas adalah lebinh baik dengan kegagalan fungsi yang rendah dalam usaha memaksimumkan kepegunan server.sebagai contoh,server harus dan semestinya mempunyai kelajuan yang tinggi,kapasiti HDD yang besar,kipas yang banyak dan bessar atau sistem penyejukan cecair untuk menyah-haba dan bekalan kuasa yang tidak mudah tergangu untuk memastikan server terus berfingusi walaupun dengan masalah bekalan elektrik.

server selalunya diletakan di dalam rak dan terletak di dalam bilik server untuk keselesaan dan tujuan keselamatan daripada penceroboh secara fizikal.

kebanyakan server mengambil masa yang panjang untuk semua hardware untuk dihidupkan dan masuk ke dalam sistem operasi.server selalunya melakukan perboot memory testingyang panjang dan memerlukan verifikasi dan aturan remote menagement service.kesemua pemacu cakera keras akan dimulakan secara berpe ringkat untuk tidak menambah beban kepada bekalan kuasa dan kemudiannya ia akan memulakan RAID system Pre-Check untuk membetulkan sebarang pertindihan operasi.ianya nampak pelik sekiranya dilihat mesin memerlukan masa yang lama untuk bermula tetapi ia mungkin tidak perlu di-restart selama berbulan ataupun bertahun.

SREVER DALAM KEHIDUPAN HARIAN

mana-mana komputer atau peranti yang menyediakan aplikasi dan servis boleh digelar sebagai server.di dalam pejabat, atau persekitaran syarikat,server rangkaian amat mudah untuk dikenalpasti.DSL ataupun Router Modem Kabel juga layak dipanggil server kerana ia menyediakan komputer kepada aplikasi dan servis seperti pengagihan IP Adress melalui DHCP dan NAT, dimana firewall membantu menyelamatkan komputer dari ancaman luar.iTuens merupakan contoh server muzik yang dapat memainkan muzik secara streaming antara komputer. kebanyakan pengguna persendirian dan home user mencipta shared folder dan pencetak. antara contohnya juga terdapat banyak server peribadi untuk hosting permainan dalam talian seperti,World of Warcraff:Dota Online,Counter-Strike,Red Alert dan aplikasi melalui PS3 dan X-Box360 yang menjadi hosting terbesar dalam industri permainan virtual.

DEFINISI PELANGGAN(CLIENT)

pelanggan ataupun client adalah aplikasi atau sistem yang mengakses servis kawalan pada sistem komputer yang lain iaitu server melalui perantaraan rangkaian.istilah ini adalah pertamanya terarah kepada peranti yang tidak mampu menjalankan stand-alona program secara sendiri tetapi dapat berinteraksi dengan komputer lain melalui rangkaian,terminal ini merupakan client kepada time sharing mainframe komputer.

model client-server (pelanggan pelayan)masih lagi digunakan hari ini di dalam internet di mana pengguna boleh berhubung kepada sesuatu servis yang beroperasi di dalam remote sistem melalui protokol internet. pelayar web adalah client yang menghubungkan ia ke server web dal laman web untuk dipaparkan. kebanyakan pengguna menggunakan client e-mail untuk membuka e-mail mereka daripada storan server e-mail penyedia perhidmatan internet.

sembang online(online chat) menggunakan pelbagai variati client yang berbeza mengikut protokol chat yang digunakan .client permainan (game client)pula merujuk kepada perisian permainan yang ada di dalam pemaonan yang membolehkan fungsi multiplayer online untuk komputer.

kini, semakin banyak peningkatan dalan dunia IT dimana client-client besar yang sedia ada bertukar kepada laman web,membina pelayar yang menjadikan mereka universal client.ini adalah untuk mengelakkankesukaran muat turun perisian yang menpunyai saiz yang besar kepada komputer yang ingin menggunakan aplikasi itu. contonnya untuk kes ini adalah peningkatan webmail.

JENIS-JENIS PELANGGAN

  1. Fat Client
  2. Thin Client
  3. Hybrid client

Fat client

Fat Client (juga dikenali sebagai thick client atau rich client) adalah client yang menjalankan banyak data secara sendirian dan tidak semestinya bergantung kepada server.Fat Client adalah sesuatu yang biasa di dalam aspek komputer peribadi(PC) dimana PC dan komputer bimbit boleh berfungsi secara bebas. persekitaran pengaturcaraan untuk client inti termasuklah curl,Delphi,Droplets,Net,Java,Win32 dan X11

Thin Client

Thin Client pula adalah sedikit dari jajaran client. Thin Client menggunakan sumberkepada komputer hos.tugas thin client ialah secara umumnya untuk memamparkan gambar yang disediakan oleh aplikasi server dimana ianya menjalankan sekumpulan dari data keperluan yang telah diproses.persekitaran pengaturcaraan untuk thin client termasuklah java script/AJAX,ASP,JSP,Runyon Rails,Python’s Django,PHP dan lain -lain bergantung kepada keperluan server dan menggunakan paparan HTML atau rich media seperti Flash,Dlex,Slivelight pada client.

HYBRID CLIENT

Hybris Client pula adalah campuran kepada dua model client terdahulu.hampir menyerupai fat client,ianya diproses secara lokal tetapi bergantung kepada server untuk simpanan data.cara ini menawarkan ciri dasi fat client (sokongan multimedia,prestasi tinggi) dan thin client (feksibiliti dan pengurusan yang tinggi)..

JENIS-JENIS SISTEM PENGOPERASIAN

Sesetengah sistem operasi popular untuk server seperti Free BSD,Solaris dan Linux adalah dicipta dari ataupun hampir menyerupaiUNIX.UNIX adalah asalnya sebuah operasi sistem mini-komputer dan sebagai server menggantikan mini-komputer tradisional.UNIX adalah lebih logikal dan efisyen dalam pilihan sebagai sistem operasi server.sistem operasi beasaskan UNIX yang mana banyak diantaranya adalah percuma dalam segala hal,adalah lebih popular.

sistem perisian berasaskan server dilihat menpunyai sesuau ciri yang umum yang menjadikan ianya sesuai dengan persekitaran server seperti:

  • paparan Antara-Muka (GUI) tiada ataupun optinal
  • berkebolehan untuk diatur-semula dan dikemaskinikan peranti dan perisiannya tanpa perlu di restart.
  • kebolehan simpanan dan storan backup yang terkini untuk membenarkan online backup untuk data kritikal secara berterusan.
  • pemindahan data yang turus antara drive dan volumen
  • kemampuan automasi seperti daemons dalam UNIC fan servis dalam Windows.
  • sistem keselamatan yang ketat dilengkapi dengan pengguna lebihan, sumber,data dan perlindungan memori.

sistem operasi berasaskan server dalam kebanyakan kes boleh berinteraksi dengan pengesan peranti untuk mengesan kondisi seperti lebihan suhu ,pemprosesan utama dan kegagalan cakera dan mengeluarkan amaran kepada operator untuk mengambil langkah mengikut ukuran dan pertimbangan sendiri.

server mesti menyalurkan servis yang mengikut tahap yang ditetapkan untuk melayan ramai pengguna manakala komputer dekstop pula mesti membawa pelbagai fungsi yang dikehendaki oleh penggunanya.oleh kerana itu,kehendak sistem operasi sistem untuk server adalah berbeza dengan sistem yang digunakan pada komputer biasa.

ketika ianya adalah mampu untuk setiap sistem operasi untuk menjadikan mesin memberikan servis dan respon yang cepat kepada kehendak pengguna,ia adalah kebiasaan untuk menggunakam kelainan antara sistem operasi pada server dan mesin dekstop dengan paparan visual yang sama.

versi desktop kepada sistem operasi Windows dan Mac OS X adalah dicipta pada abad minoriti server.sistem operasi dominan antara server adalah berasaskan UNIX dan bersifat penyebaran kernel sumber terbuka (open-source OS).

kelahiran server berasaskan microprocessor telah di filitasikan dengan pembangunan UNIX untuk diselarikan dengan ciri arkitektur microprocessor x86.keluarga sistem operasi Microsoft Windows  juga berjalan pada sistem peranti x86 dan sejak itu,Windows NT juga dihasilkan bersesuaian untuk kegunaan server.

ketika fungsi sistem operasi server dan desktop masih menjadi terhad,peningkatan terhadap kebolehan antara peranti dan sistem operasi telah menjadi kabur dan tidak jelas.pada hari ini ,kebanyakan sistem desktop dan server berkongsi dengan kod asas yang sama, sekadar berbeza dalam konfigurasi.perubahan terhadap aplikasi web dan platform peranti perantara juga mengurangkan kehandak terhadap kepakaran aplikasi server..