KOMPONEN-KOMPONEN INTERNET

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

a) Rangkaian Web Sedunia

Rangkaian Web Sedunia (dikenali sebagai Web, WWW atau pn W3) adalah satu sistem server Internet yang menyokong hyperteks yang berkebolehan berhubung dengan pelbagai protokol Internet dengan menggunakan satu saluran. Ianya berasaskan dokumen-dokumen multimedia yang dikenali sebagai laman web. Protokol-protokol initermasuk untuk e-mail, FTP, Telnet dan Usenet News. Rangkaian Web Sedunia juga mempunyai protokolnya sendiri yang dikenali sebagai Hypertext Transfer Protokol (HTTP). WWW mengumpul semua protokol-protokol yang berlainan ini dan menjadikannya satu sistem tunggal agar ianya digunakan.

Protokol

Apa dia protokol? Protokol adalah satu set peraturan yang perlu dituruti oleh seseorang penulis perisian komputer bagi pelbagai cara yang komputer menggunakan untuk berkomunikasai. Sebahagian daripada protokol-protokol yang sering digunakan ialah :-

1. Transmission Control Protocol (TCP)

Ini digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian.

2. Internet Protocol (IP)

Ini digunakan bersama TCP bagi menghasilkan satu cara untuk berkomunikasi melalui sesuatu rangkaian dan kemudiannya dengan . internet. Ianya satu cara untuk komputer mengenali antara satu sama lain dalam Internet.

3. Internet Protocol Address (IP Address)

Contoh alamat Ip adalah seperti ini 161.142.2.227.17. Ianya satu dari empat nombor, setiap nombor diasingkan dengan satu tanda noktah. kumpulan nombor  ini tidak rawak. Alamat IP ini selalunya diberikan oleh syarikat yang menyediakan perkhidmatan laluan Internet (ISP). Ianya alamat komputer dalam Tranmission Control Protocol/Internet Protocol (TCP/IP).

4. Post Office Protocol (POP)

Komputer menggunakan cara ini untuk menerima mel daripada lain-lain komputer. Ini digunakan untuk menghantar mel, ia hanya digunakan untuk menerima mel dari server sahaja.

5. File Transfer Protocol (FTP)

Ini adalah cara yang digunakan oleh komputer untuk menghantar fail antara satu sama lain. Apabila ada orang bercakap tantang laman FTP, mereka bercakap tentang di mana anda boleh beban kebawah (menyalin fail daripada server) atau mungkin juga beban naik (menyalin fail anda kepada server itu) fail.

6. Hypertext Transfer Protocol (HTTP)

Satu browser Web akan menggunakan cara ini untuk memindahkan laman Web. Ianya cara untuk menformatkan teks untuk browser agar ianya tahu bahagian mana untuk browser dan bahagian mana untuk dilihat.

7. Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)

Ini digunakan untuk menghantar mel elektronik dan mesej (e-mail) ke satu atau lebih peti surat elektronik.

8. Telnet Protocol (Telnet)

Memudahkan ‘logging-on’ ke komputer hos bagi menyalaraskan sesuatu arahan.

9. File Transfer Protocol (FTP)

Memindahkan teks atau fail-fail binari daripada komputer-komputer hos.

10. Network News Transfer Protocol (NNTP)

Mengedarkan artikel-artikel berita Usenet ke pelbagai kumpulan berita.

WWW telah dicipta oleh Tim Berner-Lee dan lain-lain orang di Conseil (stet) pour la Recherche Nucleaire atau pun European Perticle Physics Lab (CERN) di Switzerland. Tujuan asal WWW adalah untuk menggunakan rangkaian-rangkaian hyperteks untuk memudahkan komunikasi antara ahli-ahlinya.

Pada mulanya penggunaan WWW adalah terhad kepada kegunaan bukan komersial sebab ianya dibiayai hampir keseluruhannya oleh kerajaan Amerika Syarikat menjelang penhujung tahun 1992, syarikat Delphi telah menawarkan perkhidmatan komersial Internet. Ini telah menyebabkan lebih banyak laman-laman web komersial muncul.

Rangkaian Web Sedunia ada tiga bahagian utama. Ianya  adalah seperti berikut :-

1) Internet – Seperti yang telah ditenangkan sebelum ini.

2) Hyperteks – Satu dokumen yang menyediakan link nyata ke lain-lain dokumen.

3) Multimedia – Satu kombinasi persembahan teknologi yang menggunakan grafik, bunyi, animasi dan video.

Operasi WWW bergantung secara asasnya kepada hyperteks sebagai cara untuk mendapatkan maklumat. Hyperteks adalah dokumen (atau laman) penghubung yang menghubungkan ke lain-lain dokumen dan sumber melalui Internet. Satu penghubung mungkin adalah satu perkataan, banyak perkataan atau garfik yang mungkin merupakan penghubung kepada lain-lain dokumen, grafik, video atau logik. Tidak perlu bagi sesuatu penghubung untuk mengikut satu laluan logik yang tertentu sebab setiap penghubung dihasilkan oleh pencipta dokumen sumber asalnya. Untuk menghasilkan dokumen-dokumen ini di WWW satu bahasa perisian yang dikenali sebagai Hyperteks Markup Language (HTML) digunakan. Ini adalah asas bagi segala bahasa perisisan dalam iInternet.

Lain-lain bahasa perisian yang digunakan untuk menghasilkan dokumen-dokumen dalam WWW ialah :-

1. Dynamic Hypertext Markup Language (DHTML)

Bahasa perisian ini adalah antara HTML dan Java. Ianya dihasilkan dengan kerjasama Sun Microsystems dan Netscape.

2. Java

Ini adalah bahasa perisian berorientasikan-objek yang dihasilkan oleh Sun Microsystems. Ianya satu bahasa perisian yang hebat kerana ia membolehkan para penulis perisian untuk menghasilkan berbagai rekaan melalui laman web. Tujuan java ialah untuk menghasilkan perisian yang bebas berfungsi secara bebas dan tidak bergantung kapada patform tertentu. Sebaik sahaja satu perisian telah dihasilkan dan dikompilasikan ianya mesti berfungsi dalm komputer peribadi, Macintosh, atau pun INX tanpa sebarang pengubahsuaian pada perisian.

3. Javascript/JScript

satu bahasa perisian yang dihasilkan oleh Nestcape Communications. Perisian ini tertulis ke dalam bersama laman HTML untuk meningkatkan lagi fungsi laman.

4. Virtual Reality Markup/Modeling Language (VRML)

ini adalah bahasa perisian terbaru yang digunakan untuk menghasilkan dunia Reality Maya (Virtual Reality) dalam WWW. Ianya boleh menampung animasi grafik dalam ruang maya laman WWW dan besar kemungkinan akan mendominasi di masa hadapan.

5. Common Gateway Interface (CGI)

Ini sebenarnya bukan perisian yang sebenarnya. Ianya lebih daripada satu kategori bahasa perisian. Beberaapa bahas perisian termasuk dalam kategori ini contohnya C, Visual Basic, Perl dan lain-lain lagi. Ianya digunakan untuk menipulasi fail-fail teks kepada arahan-arahan UNIX  (sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan sever Internet).

b) Mel Elektronik (e-mail)

Mel elektronik atau e-mail membolehkan pengguna saling tukar-menukar mesej elektronik dengan serta-merta. Setiap pengguna e-mail ada alamat peti surat di mana mesej-mesej akan dihantar. Mesej-mesej ini akan sampai ke penerima dalam masa beberapa saat sahaja selepas ianya dihantar.

Melalui e-mail pengguna ada pilihan untuk menyertakan fail bukan ASCII (dikenali sebagai fail binari) bersamanya. Fail-fail ysng disertakan bersama ini dikenali sebagai Multimedia Internet Mail Extension (MIME). Sebagai contoh, fail yang mengandungi Microsoft Powepoint boleh sertakan bersama mesej e-mail dan ianya boleh diterima oleh penerima.

Penghantaran e-mail tidak bergantung kepada sebarang sistem tertentu. Kalau e-mail dihasilkan oleh komputer yang menggunakan platform Windows, ianya boleh diterima oleh penerima yang mungkin menggunakan komputer yang menggunakan platform UNIX.

c) Telnet

Telnet adalah program yang membolehkan anda meninggalkan komputer hos anda dan berhubung secara terus dengan satu sistem yang terletak jauh. Untuk ‘log on’ ke komputer dengan mengggunakan Telnet, anda mesti mengetahui alamatnya. Ini mungkin terdiri daripada perkataan (contohnya 198.312.146.5).

Program Telnet mesti dipasang dalam komputer anda dan di tatacarakan bersama dengan browser web anda untuk membolehkannya berfungsi.

d) Berita Usenat (Usenet News)

Usenet news adalah satu sistem buletin elektronik global di mana berjuta-juta pengguna bertukar-tukar maklumat berkenaan pelbagai topik. Mesej-mesej Usenet di simpan dalam komputer-komputer ini untuk membaca mesej-mesej ini.

Usenet terdiri daripada satu set mesin yang digunakan untuk menukar maklumat atau artikel daripada forum perbincangan Usenet yang dikenali sebagai ‘Newsgroups’. Mesej-mesej Usenet boleh dibaca dengan menggunakan pelbagai program ‘newsreader’.

Di dalam Usenet News anda akan mendapati yang berikut :-

i- Frequently Asked Question (FAQ)

FAQ akan menjawab soalan-soalan yang sering di tanya oleh pengguna dalam sesuatu laman di WWW, apa kandungan laman itu, bagaimana hendak mencari maklumat di dalamnya dan siapa yang menghasilkannya. Biasanya FAQ adalah dalam bentuk teks dokumen yang boleh dibeban ke bawah {download).

ii- Request For Comment (RFC)

ini adalah dokumen-dokumen berkenaan soal teknikal dan maklumat am dalam internet.

iii- For Your Information (FYI)

ini adalah sebset kepada RFC dan mengandungi maklumat bagi pengguna Internet yang baru.

e) Perbualan Melalui Internet (Internet Relay Chat IRC)

Membolehkan para pengguna Internet berkomunikasi antara satu sama lain dengan serta -merta. IRC membolehkan anda dail ke dalam sesuatu ‘rangkaian’ (atau kadang-kadang dikenali sebagai bilik) dan menyertai sesuatu perbincangan dengan orang lain dalam saluran yang sama dengan menaip dan memberi maklum balas kepada mesej-mesej.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s