APA ITU ROUTER?

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

Pengenalan
Di dalam sesebuah rangkaian, data perlulah dihantar dan dikirim dengan tepat dan betul. Rangkaian komputer kompleks biasanya terdiri daripada koleksi LAN yang dijalinkan antara satu sama lain. Kerja-kerja mengirim ini dilaksanakan oleh router di mana router akan mengambil mesej data dari LAN dan menukarkannya kepada paket yang sesuai untuk dihantarkan ke LAN yang satu lagi (Lihat rajah 1).


Rajah 1: Rangkaian yang menggunakan perantara Router

Fungsi Router
Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan router:

a- Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.

b- Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.

c- Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

Jenis-jenis Router

Asas PC
Setiap sistem operasi sama ada Windows mahupun Linux menyokong fungsi routing terbina dalam. Jika anda mengaktifkan Internet Connection Sharing (ICS) di dalam Windows, anda telah menjadikan komputer anda sebagai sebuah router ringkas. Begitu juga dengan Linux yang boleh bertindak sebagai router IP atau IPX.

Oleh kerana ia ringkas, maka kebolehannya juga terbatas. Lihat gambarah (Rajah 2) di bawah ini di mana sebuah PC dijadikan sebagai get laluan (gateway) untuk membenarkan setiap PC di dalam LAN tersebut berkongsi satu talian Internet.

Rajah 2: Router asas-PC yang bertindak sebagai get laluan (gateway)

Blackbox
Router blackbox ialah sebuah peranti yang berupa sebuah kotak khas. Router jenis ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding router PC-based. Router ini biasanya berkemampuan untuk melaksanakan undang-undang (rules) keselamatan bagi melindungi rangkaian dari serangan luar. Router jenis ini juga mampu untuk menampung beban trafik yang berat kerana ia merupakan sebuah peranti yang bertindak bersendirian. Oleh kerana ia bertindak sendirian, maka ia menggunakan mikropemproses RISC dan lebih laju berbanding PCbiasa. Rajah 3 di bawah menunjukkan sebuah contoh router jenis blackbox.

Rajah 3: Linksys DSL Router Model BEFSR41

Ciri-ciri Router
Router jenis blackbox sebenarnya ialah sebuah mesin komputer. Ia memiliki ciri-ciri sepertimana yang digunakan oleh PC: ia mempunyai CPU, memori, dan juga input-output. Cuma bezanya ialah router jenis ini tidak memiliki cakera keras, tiada pemacu cakera liut, dan juga pemacu CD-ROM. Namun begitu router ini mempunyai pelbagai jenis storan lain seperti kad memori Flash.

Memori
Terdapat beberapa jenis memori yang digunakan oleh router blackbox, antaranya ialah: RAMNVRAM, Flash dan ROM (PROMEEPROM)

ROM digunakan untuk menyimpan perisian bootstrap manakala NVRAM pula menyimpan konfigurasi startup yang digunakan oleh sistem operasi router. Memori Flash pula menyimpan sistem operasi seperti IOS dan lain-lain jenis sistem operasi.

Perisian
Sama seperti PC, router blackbox akan melaksanakan program-program kawalan atau sistem operasi (OS). Setiap pengeluar router akan membekalkan sistem operasi mereka sendiri.

Konfigurasi startup yang tersimpan di dalam NVRAM akan dilaksanakan sebaik sahaja router dihidupkan. Semasa proses but, satu salinan konfigurasi akan dimuatkan ke dalam RAM. Apabila berlakunya sebarang perubahan data pada konfigurasi ini, RAM akan memberi kesan dengan serta merta.

Router beroperasi dengan melaksanakan sejumlah besar proses yang terdiri daripada pelbagai jenis servis dan protokol. Router menyokong arahan untuk memaparkan maklumat tentang proses yang sedang berjalan dan sumber resources seperti penggunaan CPU dan memori. Servis dan kemudahan yang tidak diperlukan boleh dimatikan untuk mengelakkan penggunaan CPU dan memori yang berlebihan.

Setiap router mempunyai nama yang unik bagi memudahkan ia dikenalpasti di dalam rangkaian. Oleh yang demikian, router juga akan mempunyai alamat IPnya tersendiri.

Bagaimana Router berfungsi?

Jadual Haluan
Tidak kira jenis router yang anda gunakan, setiap hos yang bertindak sebagai router akan menyimpan senarai undang-undang haluan di dalam sebuah jadual yang dipanggil Jadual Haluan (Routing Table).

Apabila anda menghantar emel kepada rakan anda yang berada di luar negara, router akan memeriksa alamat penerima terlebih dahulu dan menghantar mesej emel tersebut berdasarkan alamat yang tertulis pada kepala (header) paket emel tersebut.

Semasa emel dihantar, Jadual Haluan akan menyimpan maklumat-maklumat seperti:

    • Alamat IP destinasi

 

    • Antaramuka yang akan digunakan

Router yang bersaiz kecil biasanya memiliki Jadual haluan yang kecil dan kemampuan untuk menyimpan mesej juga terhad. Bagi router bersaiz besar pula, Jadualnya adalah besar dan boleh menyimpan sejumlah besar mesej. Perlu diingat apabila bilangan rangkaian yang dihubungkan semakin banyak, saiz jadual haluan trafik dan kuasa memproses pada router juga akan turut meningkat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s