pemasangan pendawaian pada satu-satu sistem rangkaian setempat atau LAN (Local Area Network)

Posted: December 2, 2011 in Uncategorized

RJ 45

RJ45 adalah satu klip kepala yang mesti dipasangkan kepada kabel CAT5/5e (kedua-dua penghujung) bagi memastikan kesemua kabel kecil disambungkan antaraHUB/Switch dan NIC (Network Interface Card) pada komputer.

Setiap kabel CAT5/5e mempunyai 4 pair kabel berwarna (8 kabel) iaitu Putih Biru dan Biru, Putih Hijau dan Hijau, Putih Orange dan Orange, Putih Coklat dan Coklat

Berdasarkan kepada standard piawaian pendawaian , kod-kod warna pada kabel CAT5/CAT5e membawa kepada 2 jenis piawaian, iaitu EIA/TIA 568A dan EIA/TIA 568B.

Hanya kod | 1 | 2 | 3 | dan | 6 | sahaja yang membawa paket daripada satu rangkaian ke satu rangkaian lain (TX dan RX – Transeive dan Receive) dan yang lainnya hanya membekalkan voltan.

MODULAR JACK

Modular Jack ialah satu soket yang digunakan untuk menyambungkan kabel rangkaian kepada dinding (Wall Face Plate Scheme).

Daripada modular jack ini, kabel akan disambungkan mengikut warna yang telah ditetapkan. Sambungkan penghujung kabel kepada hub/switch.

TOOLS

1.Cable Stripper

Kabel UTP Cat 5/5e mestilah dipotong (lapisan luar) mengikut kesesuaiannya iaitu dalam lingkungan setengah inci

Bagi memotong lapisan luar kabel ini, peralatan yang sesuai harus digunakan agar kabel yang yang tidak terjejas.

2.CRIMPING TOOL

Crimping tool adalah alat yang digunakan untuk mengepit kabel-kabel CAT5/5e pada soket RJ45. Pastikan kesemua kabel dimasukkan ke dalam soket RJ45 dengan betul mengikut susunan piawaian 568A ataupun 568B

Kabel yang telah di ‘Crimp’

Untuk menunjukkan cara pemasangan kabel rangkaian komputer dan peralatan-peralatan yang digunakan, saya telah melayari internet untuk mendapatkan beberapa laman yang berguna. Antara laman yang saya rasakan sangat berguna dan menarik ialahhttp://www.cables4sure.com/default~partner~youtube.htm dan http://www.cables.com/.

 

Saya juga menjumpai beberapa video klip daripada lamanhttp://www.youtube.com. Daripada beberapa video klip ini ditunjukkan cara yang betul dan tepat tentang penyambungan dan peralatan yang digunakan untuk melakukan penyambungan sistem rangkaian komputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s